Sabtu, 4 Ogos 2012

Kantan atau Kincuang atau Kecembrong


إدريس تالو
Idris Talu 

 Kantan Putih

 Kantan merah jambu.


Pokok kantan banyak tumbuh di dalam hutan sekunder - yang pernah ditebas tebang untuk tujuan pertanian di samping keluarga "ginger" yang lain seperti tepus biasa, tepus gajah dan halia hutan. 

Kini, kantan sudah banyak ditanam di kampung-kampung kerana nilai kesihatan dan nilai ekonominya.  


Kantan merupakan salah satu jenis bunga yang boleh dijadikan sayur atau gulai. Biasanya dimasak bersama ikan segar dari sungai atau paya untuk pelbagai jenis masakan terutamanya gulai masam.

Masakan gulai pekat ikan pekasam atau ikan salai juga sesuai dimasak dengan hirisan bunga kantan.

Di Pantai Timur Semenanjung pula, bunga kantan yang diracik halus menjadi bahan utama dalam resepi nasi ulam, nasi kerabu dan sebagainya.

Di sebelah Pantai Barat pula, penggemar laksa Kuala Kangsar, laksa Penang, laksa Utara juga memerlukan bunga kantan dalam resepi kuahnya. Tanpa bunga kantan, kuahnya tidak akan dinamakan kuah laksa.

Kabarnya masakan asam pedas di Batu Pahat, Muar dan Johor Bahru juga tidak ketinggalan memasukkan bunga kantan dalam masakannya.

Begitulah hebatnya bunga kantan dalam masakan Malaysia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan