Rabu, 1 Ogos 2012

Buah Rokam - flacourtia inermis


إدريس تالو
Idris Talu 

 Buah rokam - flacourtia inermis yang masih muda.

Rokam - flacourtia inermis

Nama Saintifiknya ialah :Flacourtia inermis
Dari keluarga : Salicaceae
Nama lain:  Batoko Plum.

 Pokok buah rokam yang masih muda.

Pokok rokam merupakan tumbuhan rimba. Sejak dahulu kala lagi ianya tumbuh di merata kampong tradisional di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. 

Kanak-kanak dahulu mengenali buahnya yang masak kemerahan dan rasanya agak masam.

Semasa putiknya, buah rokam bewarna hijau muda, kemudian bertukar menjadi lebih gelap hijaunya sehingga apabila masak warnanya bertukar menjadi merah menyala.

Dikatakan buah rokam ini mempunyai banyak khasiat kesihatan.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan