إدريس تالو
Idris Talu
Pada hari Ahad 01 July 2012, akhbar Mingguan Malaysia di
mukasurat 12 telah menyiarkan iklan penamatan “Perkhidmatan Telegram TM” mulai
01 July 2012.
Kepada pembaca yang kurang mengenali perkhidmatan telegram
ini, biarlah penulis menerangkan serba sedikit apa yang penulis tahu tentang
telegram. Penulis pernah berkhidmat di jabatan berkenaan.
Pada masa dahulu, semasa perkhidmatan telekomunikasi masih
kurang berkesan dan mahal, perkhidmatan telegram merupakan pilihan pengguna
untuk menyampaikan berita-berita penting kepada si penerima berita.
Orang yang hendak menghantar sesuatu berita dikehendaki
mengisi borang telegram samada di pejabat pos atau di pejabat telegraf (dulunya
Jabatan Talikom, sebelum wujudnya Telekom Malaysia). Setiap patah perkataan
yang akan dihantar dikira dengan kos yang tertentu. Oleh itu, berita dalam sesuatu
telegram perlu ringkas dan padat tetapi lengkap sebagai suatu berita yang
hendak disampaikan.
Setelah selesai pembayaran kos untuk penghantaran telegram, borang
tadi diserahkan kepada jurutaip teleprinter untuk urusan penghantaran ke
pejabat pos atau telegraf yang terdekat dengan alamat sipenerima. Mesin
teleprinter di pejabat pos atau telegraf penerima akan terus mencetak telegram
tersebut untuk diserahkan kepada si penerima.
Telegram juga digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk
kemudahan perhubungan baik untuk perhubungan darat ke darat atau darat ke laut
(kapal laut). No telex yang kita lihat pada syarikat-syarikat besar itu ialah
nombor untuk perkhidmatan telegramnya.
Untuk pengguna awam, telegram biasa digunakan untuk
menghantar berita penting seperti surat panggilan untuk mula berugas,
surat-surat berkaitan mahkamah dan berita kematian.
Nampaknya berita “kematian perkhidmatan telegram” tidak
sempat dihantar dengan telegram kerana perkhidmatannya telah pun diberhentikan.
Ada perasaan nostalgian bila membaca berita berkuburnya khidmat telegram. Sebagai warga mas banyak benar pengalaman menggunakan khidmat yang amat penting ini. Umpamanya diawal tahun 1956 bila kelulusan Cambridge Senior Certificate Exam diumumkan saya menerima berita keputusan saya melalui telegram yang dihantar dari K Terengganu ke KL dimana saya berada. Rumah rumah belum ada telepon, jauh sekali handphone dll.
BalasPadamSyabas mem,beri tumpuan kepada tajuk yang dipandang remeh oleh kebanyakan peringkat muda.