Khamis, 26 Julai 2012

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar - Siri 02 - Tahun 1433 Hijriah - Tahun 2012


إدريس تالو
Idris Talu

Persediaan iftar Ramadhan
 رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.


Gerai Nasi Ayam Pak Yop.

Seperti mana biasa dalam bulan Ramadhan, penulis akan singgah bertamu di Pasar Ramadhan di Kuala Kangsar.

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar diadakan di sebuah bangunan besar beratap tinggi tetapi tidak berdinding. Oleh itu suhunya tidak panas membolehkan pengunjungnya bergerak dengan selesa.

Bagunan Bazar Ramadhan ini dinamakan “Arena Kuala Kangsar”, dulunya dinamakan “Arena Square”.

Di bawah ini penulis paparkan beberapa gambar yang sempat diambil di situ.

Lagi gerai Nasi Ayam.

Walaupun namanya nasi ayam, tetapi ianya bukan bermaksud nasi untuk makanan ayam. Ianya nasi untuk makanan manusia. 

Biasanya nasi ayam mengandungi nasi yang khas yang biasanya dikukus. Lauknya pastilah ayam - kalau tidak akan dinamakan nasi ayam. Ayamnya biasanya ialah ayam panggang bermadu. 

Nampaknya banyak juga gerai untuk menjual nasi ayam di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar.

Gerai menjual lauk pauk pula.

Gerai menjual pelbagai jenis minuman sejuk.

Lagi gerai nasi ayam dengan nama - Nasi Ayam Gunung Pondok.

Gerai cucur udang & kuih.

Cucur udang memang merupakan salah satu makanan kegemaran di Perak. Bancuhan tepung bercampur daun kucai dan udang digoreng agak garing. 

Cucur udang sangat enak dimakan dengan sambal kacang, seakan-akan sambal satay. Ianya juga sedap dimakan dengan sos cili bercampur tumbukan bawang putih bergula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan