Arkib 2012/06/23
KUALA KANGSAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah, hari ini melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan Maktab Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) yang berjaya menjadi sekolah kerajaan pertama menyediakan
Program Diploma International Baccalaureate.
Baginda bertitah, kejayaan program itu akan menjadi penanda
aras untuk sekolah lain bagi merancakkan bidang pendidikan yang bertaraf dunia.
"Sebelum ini tidak ada sekolah kerajaan yang
menyediakan program seumpama ini. Lebih membanggakan lagi semua tenaga kerja
program ini merupakan warga kerja tempatan yang terdiri daripada guru-guru MCKK
dan guru-guru yang pernah berkhidmat dengan cemerlang di sekolah berasrama
penuh dan sekolah harian sebelum ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Hari
Ucapan dan Penyampaiaan Hadiah MCKK 2012 serta merasmikan Kompleks
International Baccalaurauete World School, MCKK di sini.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja
Dr Nazrin Shah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan
Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.
Pada 16 Mei 2011, MCKK dianugerahI sijil pentauliahan oleh
International Baccalaurreate Organization dan program diploma itu bermula 27 Jun
2011. – BERNAMA
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
Assalamualaikum
BalasPadamSalam ziarah
Wa'alaikumussalam,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Semoga bertambah ceria dan berfaedah,
Wassalam.