Khamis, 21 Jun 2012

Kerajaan tak pernah 'bezakan' RISDA, FELDA


Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

2012/06/21

KERAJAAN tidak pernah menganaktirikan RISDA dalam memastikan pekebun kecil yang bernaung di bawahnya mendapat pembelaan sewajarnya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata RISDA tidak boleh dibandingkan dengan FELDA kerana kedua-duanya berbeza.

“Kita tak boleh bandingkan RISDA dengan FELDA kerana pemilikan tanah yang diuruskan RISDA bukan tanah milik kita.

“RISDA juga tidak boleh disenaraikan (di Bursa Malaysia) sebagai mana FELDA. Perbezaan itu umpama liga divisyen A bola sepak dengan divisyen lain.

“Semenjak diwujudkan, 129,604 pekebun kecil membabitkan tanah seluas 372,882 hektar bekerjasama dengan RISDA memajukan tanah mereka. Kita tak pacak bendera bulan atau roket, kita pacak kelapa sawit dan getah,” katanya menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Shafie berkata, RISDA berusaha keras membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan dan sepanjang tahun ini saja, RM58 juta diperuntukkan bagi memberi benih percuma kepada mereka dan sebanyak RM62 juta lagi untuk baja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan