إدريس تالو
Idris Talu
Sempena hari
Guru Tahun 2012, penulis mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru walau di mana juga mereka berada, tidak lupa kepada guru-guru yang
telah mendidik dan mengajar penulis dari mula mengenal huruf-huruf dan angka-angka,
sehingga ke keadaan penulis sekarang ini.
Sekolah Kebangsaan Gua Badak,
Lenggong:
Antara
guru-guru yang penulis masih ingati ialah cikgu Dato’ Umar Haji Ismail, cikgu
Meor Hamzah, ustaz kami yang penulis hanya ingat nama panggilan iaitu ustaz
Matdin dari Kampung Gelok. Sekolah ini telah tiada lagi. Anak-anak dari Gua
Badak kalau nak bersekolah kena ke Gelok atau Sumpitan atau terus ke Lenggong.
Penulis melalui pembelajaran asas darjah satu hingga darjah empat di sekolah
ini.
Semasa di
darjah empat, penulis menduduki peperiksaan khas di Sekolah Bukit Balai
Lenggong (di depan padang Lenggong sekarang – sekolah ini pun telah berpindah
lokasinya). Penulis berjaya dalam peperiksaan tersebut dan memasuki “kelas
peralihan” di Sekolah Rendah Clifford di Kuala Kangsar. Namun begitu, kerana
pelbagai masalah, terutamanya dari segi kewangan, penulis terpaksa melupakan
peluang belajar di sekolah aliran bahasa Inggeris itu.
Sekolah Kebangsaan Gelok, Lenggong:
Logo Sekolah Kebangsaan Gelok, Lenggong, Perak.
Selepas
keluar dari Sekolah Kebangsaan Cliffod, Kuala Kangsar, penulis kembali ke
Lenggong. Oleh kerana sudah berusia dua belas tahun, penulis terus diletakkan
di darjah enam. Guru darjah enam penulis di sekolah ini ialah cikgu Dato’ Talha
Haji Ismail. Guru besarnya ialah cikgu Hanapiah.
Di sekolah
ini penulis menduduki peperiksaan darjah enam untuk membolehkan masuk ke
tingkatan satu di Government English School di Kampung Sira, Lenggong.
Alhamdulillah, walau pun tanpa bersekolah di darjah lima, terus ke darjah enam,
penulis lulus peperiksaan untuk ke sekolah menengah.
Sekolah Mengah Dato Ahmad, Lenggong
Penulis belajar
di Government English School di Kampung Sira, Lenggong hanya selama satu tahun
sahaja. Selepas itu penulis berpindah ke Sekolah Menengah Dato Ahmad yang
terletak di laluan jalan Lenggong ~ Kuala Kangsar, berhampiran bukit tangki
simpanan air, Lenggong.
GES bertukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Bukit Balai, di Kampung Sira, Lenggong
Foto - ihsan cikgu Salleh Ismail.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad, Lenggong (sekarang).
Di sekolah
menengah ini, penulis memperolehi Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia.
Tempoh masa penulis belajar di sekolah ini ialah dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima, iatu dari tahun 1964 hingga tahun 1968.
Logo Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong, diambil dari majalah sekolah.
Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong -
Penulis di tingkatan tiga - 1966.
Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong -
Penulis di tingkatan tiga - 1966.
Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong -
Penulis di tingkatan empat - 1967.
Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong -
Di tingkatan lima - bersama guru kelas, cikgu Idris Abd Majid.
Penulis di tingkatan empat - 1967.
Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong -
Di tingkatan lima - bersama guru kelas, cikgu Idris Abd Majid.
Semasa penulis di tingkatan lima di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong (1968).
Di sekolah
ini penulis diajar oleh ramai guru, antaranya ialah cikgu Mohd Yusof bin Mohd Nor,
guru agama, ustaz Tajul Ariffin bin Abdul Hamid, cikgu Datin Halimah ,
Allahyarham Dato’ Meor Aris bin Meor Abu Bakar, cikgu Idris Abdul Majid, cikgu
Mohammad bin Yaakob, cikgu Ramli Panjang Ahmad, cikgu Amin Nordin bin A. Rahman, cikgu Ainul Zaharah bt
Abdul Rahman, cikgu Noor Azman bin Shamsuddin, cikgu Busu Piah bin Ahmad, cikgu
Shamsuddin bin Yan, cikgu Ayob bin Sulaiman, dan beberapa cikgu lagi yang
penulis terlupa namanya.
Selamat hari
guru, terima kasih yang tidak terhingganya kepada semua guru, baik yang formal
mahu pun tidak formal, yang tertulis mahu pun yang tidak tertulis namanya. Kerana merekalah,
penulis mampu memperolehi ilmu dan kembali menyebarkan ilmu sedaya mungkin
kepada mereka yang memerlukan ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan