Khamis, 24 Mei 2012

Istana Kenangan (Muzium DiRaja Perak) di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.


إدريس تالو
Idris Talu



 
Istana ini mempunyai beberapa nama, antaranya ialah Istana Lembah dan Istana Tepas. Istana ini dibina agak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Ianya dibina dengan menggunakan kayu-kayu terpilih yang banyak terdapat di negeri Perak pada waktu itu.

Dinding istana ini diperbuat menggunakan kelarai. Sementara atap bumbungnya menggunakan teknik atau bentuk pisang sesikat.

Konsep binaan Istana Lembah ini kelihatannya berdasarkan pada bentuk sebilah pedang. Corak hiasan serta seni pertukangannya mempamirkan keindahan seni pertukangan Melayu Perak yang cukup menyerlah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan