Isnin, 9 April 2012

Ladang Teh Sabah

إدريس  تالو ‎
Idris Talu


Ladang Teh Sabah ini terletak di Kampung Nalapak Ranau. Untuk sampai ke sini kita bertolak dari Kota Kinabalu ke pekan Ranau yang terletak sekitar 130 kilimeter dari Kota Kinabalu.

Dari Ranau kita menghala ke arah Sandakan pula. Sekitar 17 kilometer dari Ranau kita bertemu Kampung Nalapak, kita belok ke kiri sejauh kira-kira tiga (3) kilometer untuk sampai ke ladang teh ini. Ladangnya luas terbentang dikatakan di pinggiran kaki Gunung Kinabalu.

Terdapat sebuah restoran di kompleks kilang teh ini, di samping tempat jualan produk teh serta cenderamata lainnya, untuk dibawa pulang sebagai kenangan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan