Rabu, 22 Februari 2012

Tetamu yang ramah di belakang rumah.

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu


Kehidupan ini memang banyak yang kait berkait. Flora dan fauna gantung bergantung sesama sendiri untuk meneruskan kehidupan. Masing-masing saling perlu dan memerlukan antara satu dengan yang lain.

Si kecil berlindung di sebalik daun.

Awal pagi tadi, beberapa ekor burung berukuran agak kecil, riuh rendah di rimbunan pokok kacang di belakang rumah penulis. Mungkin terdapat banyak makanan untuk burung-burung ini di pokok kacang tersebut, seperti ulat-ulat yang menjadikan pucuk kacang penulis sebagai makanannya.

Mencari rezeki di dedaunan pohon kacang penulis

Burung-burung ini agak pemalu, berselindung di sebalik daun-daun pokok kacang. Mungkin untuk berselindung dari panahan cahaya matahari yang mulai bersinar.

Apa agaknya yang diperkatakan si burung kecil ini?

Namun begitu ada juga yang melompat ke sana ke mari, berehat di atas besi junjungan para kacang di belakang rumah ini. Entah apa yang dituturkan oleh burung kecil ini. Apa yang pasti, makhluk perosak pokok kacang penulis berkurangan kerana telah menjadi habuan burung-burung kecil ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan