ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu
Sambungan enteri pertama dahulu. Tetamu-tetamu yang becok ini terus menikmati hidangan pagi yang terdiri dari ulat-ulat dan unggas kecil yang hinggap atau memakan daun pokok kacang panjang penulis di belakang rumah.
Pokok-pokok kacang ini penulis tanam di dalam pasu yang agak besar diletakkan di bawah sebuah para bekas tempat menjemur kain basahan yang telah tidak digunakan. Seperti biasa, pelbagai unggas, seperti belalang dan rama-rama bertelur di daun-daun kacang yang menghasilkan larva serta ulat yang memakan daun-daun kacang tersebut.
Burung-burung kecil inilah yang menjadi pelindung semula jadi kepada pohon kacang penulis.
Jangan sampai tersilap anggap antara musuh dengan kawan ya tuanhaji.
BalasPadamTuan Haji Hashim Zabidi,
BalasPadamSeronok mendengor riuh-rendah burung-burung tu berebut ulat di daun pokok kacang panjang saya di belakang rumah.
Elok burung-burung tu datang selalu, segar pucuk kacang panjang saya.
Pucuk kacang ni kalau dimasak lemak kuning dengan isi buah labu campur daun kunyit sikit, sedapnya tak tercerita.
Tapi kalau buah timun tikus saya dah masak, buah timun tu pun dibalunnya sekali.