Khamis, 15 September 2011

Bunga Kantan

By Idris Ismail Talu.

Sekuntum bunga kantan yang cantik.


Bunga kantan muncul dari dari dalam bumi (dari akar – raizom – pokoknya). Pada mulanya ia berbentuk tajam seperti anak pokok kantan biasa tetapi tanpa daun. Setelah muncul setinggi dua atau tiga kaki, bahagian hujungnya mula membesar, untuk membentuk bunga kantan.



Dikatakan sebagai tumbuhan asli Malaysia, juga boleh diperolehi di Indonesia dan Thailand. Kegunaannya dalam masakan tradisi cukup pelbagai, seperti dalam masakan asam pedas, baik untuk ikan laut mahu pun ikan air tawar.



Kantan juga menjadi bahan dalam kerabu atau urapan. Di Pantai Timur Semenanjung, nasi kerabu tidak akan dinamakan nasi kerabu jika tiada campuran bunga kantan di dalamnya.

Selain bunganya, umbut kantan juga kerap dijadikan sayuran, baik dalam bentuk ulaman (urapan) atau dimasak bersama ikan air tawar atau ikan laut.




Semua gambar diambil dari kebun adik penulis di Jelebu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan