Ahad, 14 Ogos 2011

Suasana Pasar Ramadhan Kuala Kangsar

By Idris Talu.


Pasar Ramadhan di Bandar DiRaja Kuala Kangsar terletak di pinggiran Sungai Perak. Walau pun tidaklah terlalu besar, ianya memenuhi keperluan warga Kuala Kangsar, terutama kepada mereka yang bekerja mencari makanan dan minuman yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

Pasar Ramadhan ini dibina sebegitu rupa, iaitu beratap tinggi, mempunyai aliran udara yang baik serta cahaya lampu yang memadai untuk keperluan para peniaga dan pembeli di pasar ini.

Pasar Ramadhan Kuala Kangsar bukan sahaja dikunjungi oleh umat Islam sahaja, tetapi juga menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung bukan Islam dan juga pelancong-pelancong dari negara lain.


Idris Talu

2 ulasan:

  1. alangkah bagusnya kalau diteruskan pasar ini sepanjang tahun .. kenapa ia hanya wujud di bulan Ramadhan sahaja ?

    BalasPadam
  2. Rasanya bila di luar Ramadhan ada aktiviti perniagaan berjadual di situ.

    BalasPadam