Kita jalan-jalan lagi di Pasar Ramadhan Batu Gajah, lihat apa yang boleh kita dapat pelajari dan jadikan teladan dari suasana yang hanya wujud dalam bulan Ramadhan ini. Pasar Ramadhan wujud kerana pelbagai alasan, pertama kerana ramai kaum hawa yang berkhidmat baik di bidang awam mahu pun swasta, biasanya tidak sempat hendak menyediakan juadah untuk berbuka.
Kedua, dengan membeli, kita dapat menikmati pelbagai jenis juadah yang tidak dapat kita temui di luar bulan Ramadhan.
Pintu masuk ke Pasar Ramadhan Batu Gaja. Khemah tempat berjual didirikan oleh Majlis Daerah Batu Gajah.
Tempat menjual ayam panggang - pasti berasap, tetapi para penjualnya tetap ceria dengan jualan yang meriah. RM4 sahaja Yob.
Antara peniaga yang tak menang tangan, yob dan yong ini sebok dengan kuih putu bambu dan putu piringnya yang amat diminati ramai. Alhamdulillah - rezeki anak-anak dalam bulan Ramadhan.
salam..
BalasPadamkemeriahan ramadhan
mmg x di sangkal
Terima kasih Puan Maiyah kerana sudi singgah di blog saya.
BalasPadamJika tidak ada halangan saya suka merakamkan suasana semasa walau di mana juga sebagai rakaman untuk masa depan.
Keceriaan ialah salah satu penyeri hidup kita. Walau pun berkeringat, para peniaga pasar Ramadhan tetap ceria dalam usaha mencari rezeki.
Kita kagum dengan usaha mereka.
Wassalam.