Rabu, 4 Mei 2011

Makam Tengku Menteri Ngah Ibrahim.

By Idris Ismail Talu


Tengku Menteri Ngah Ibrahim
Foto ihsan Muzium Matang, Taiping.



Makam Tengku Menteri Ngah Ibrahim
Di halaman Kota Ngah Ibrahim, Taiping.


Tengku Menteri Ngah Ibrahim, nama seorang pembesar Perak yang telah terlibat secara langsung di dalam arus pembangunan di negeri Perak suatu masa dahulu.

Kecekapan Ngah Ibrahim dalam pentadbiran daerah Larut khususnya telah menimbulkan rasa cemburu dan dendam di kalangan birokrasi penjajah di negeri Perak.

Sementelahan pula berlakunya peristiwa pembunuhan residen penjajah di Perak, kejadian ini diambil kesempatan oleh birokrasi penjajah untuk meminggirkan Ngah Ibrahim dari kekuasaan pentadbirannya di Larut secara khususnya dan Perak secara amnya.

Makam Tengku Menteri Ngah Ibrahim

Ngah Ibrahim telah dibuang negeri ke pulau Seychelles pada 20 hb Julai 1877. Kemudian beliau dpindahkan ke Sarawak sehingga akhirnya dibawa pula ke Singapura. Ngah Ibrahim meninggal dunia dan dikebumikan di sana.

Rangka jasad Allahyarham Ngah Ibrahim dikebumikan semula di halaman rumahnya sendiri pada 16 Syaaban 1428 Hijriah bersamaan 9 September 2006 pada pukul 1.30 petang.

Kota Ngah Ibrahim
Kini dikenali sebagai Muzium Matang di Taiping, Perak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan