Selasa, 8 Februari 2011

Angka korban pengguna motosikal terus meningkat

08/02/2011 3:04pm

KUALA LUMPUR 8 Feb.
- Angka korban pengguna motosikal meningkat kepada 100 orang apabila tujuh lagi maut semalam sejak Ops Sikap ke-23 dilaksanakan pada 27 Januari lepas sempena Tahun Baru Cina.

Polis Cawangan Trafik Bukit Aman melaporkan bahawa jumlah kematian akibat 1,250 kemalangan ialah 161 orang di seluruh negara sehingga operasi semalam.

Jalan bandaran masih mencatatkan angka tertinggi dengan 515 kemalangan diikuti jalan persekutuan (316), jalan negeri (176), lebuh raya (175) dan jalan-jalan lain (68).

Operasi hari ke-12 itu juga mengeluarkan 7,917 saman bagi pelbagai kesalahan trafik. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan