Buah yang berbentuk seakan-akan buah tomato atau terong ini disebut sebagai persimmons di kalangan berbahasa Inggeris, disebut sebagai kaki di dalam bahasa Jepun. Kita di Malaysia menyebutnya sebagai pisang kaki.
Sementara di Indonesia ianya dikenali sebagai buah kesemek, buah kaki, malah ada yang menamakannya sebagai buah manggis roti.
Buah pisang kaki, dalam bahasa Mandarin disebut 柿子 yang belum cukup masak di Cameron Highlands, Pahang.
Pokok pisang kaki dikatakan berasal dari banyak tempat di dunia ini, yang berasal dari Jepun dinamakan Hachiya 柿., sementara yang berasal dari China disebut sebagai Diospyros kaki atau shizi 柿子 dalam bahasa Mandarin. Sementara di Korea pisang kaki disebut sebagai 감.
Diospyros kaki atau shizi ini kini banyak ditanam di Jepun, China dan Korea, dan rasanya lebih manis.
Tradisi masyarakat Jepun, Korea dan China yang suka mengeringkan buah-buahan untuk stok makanan di musim sejuk (sebelum adanya kaedah penyejuk-bekuan wujud) masih diteruskan sehingga kini. Pisang kaki dalam bentuk buah kering banyak boleh ditemui di pasaraya-pasaraya di negara kita.
Pisang kaki juga dikatakan berasal dari benua Eropah dan Amerika.
Pisang kaki banyak dijual di banyak pasaraya di Malaysia, yang kebanyakannya diimport dari negara luar melalui negara sahabatnya yang menjadi jiran kita. Pembaca blog budiman boleh membaca maklumat selanjutnya di blog Tun Dr Mahathir di:- http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/12/gaza.html
Buah pisang kaki dikatakan berkhasiat tinggi untuk kesihatan tubuh badan. Namun begitu, adalah dinasihatkan jangan memakan buah ini ketika perut kosong.
Semasa berkunjung ke Cameron Highlands tidak lama dahulu, penulis berpeluang merakamkan beberapa keping gambar tentang pohon pisang kaki ini. Foto buahnya yang belum masak juga sempat penulis sertakan dalam entri kali ini.
http://idristalu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan