Selasa, 21 Disember 2010

Cuti Bersama Di Langkawi - Bahagian 3

Padang Beras Terbakar Di Padang Mat Sirat

By Idris Ismail Talu.


Menurut ceritanya, tempat beras terbakar ini asalnya merupakan suatu padang. Kini, tanah padang tersebut berada di atas tanah yang dimiliki oleh En. Ku Halim bin Ku Hassan, di Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat, yang terletak kira-kira 17 kilometer dari pekan Kuah, di pulau lagenda, Langkawi.

Pada masa dahulu, kerap terjadi serangan dari Siam untuk menakluki kerajaan-kerajaan di wilayah Utara Semenanjung ini. Di dalam salah satu peperangan antara Langkawi dengan Siam yang berlaku di Selat Pancur, Dato Kemboja, ketua pemerintah Langkawi ketika itu sudah melihat tanda-tanda yang mereka bakal dikalahkan, telah menghantar utusan kembali ke kampung mereka di Padang Mat Sirat, mengarahkan semua penduduk kampung supaya menghimpunkan semua padi yang telah dituai, di suatu tempat untuk dibakar.


Pintu gerbang menyambut tetamu/pelancong ke Padang Beras Terbakar.


Setelah menerima berita dari utusan Dato Kemboja itu, penduduk Kampung Mat Sirat pun menggali sebuah lubang yang besar. Setelah lubang besar itu siap dibina, padi-padi hasil tuaian orang kampung pun dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan dibakar. Pembakaran padi ini dilakukan untuk mengelakkannya dari dirampas oleh orang-orang Siam, yang akan dijadikan sumber makanan mereka untuk bertapak lama di Langkawi.

Hasil dari peristiwa pembakaran padi-padi tersebut, sehingga sekarang terdapat kesan padi dan beras terbakar yang dapat kita lihat di depan rumah milik En. Ku Halim bin Ku Hassan ini.





Tempat beras terbakar.



Rumah milik En Ku Halim bin Ku Hassan.



















http://idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan