Ahad, 17 Oktober 2010

Ulam Tenggek Burung atau Cabang Tiga

By Idris Talu
Tenggek Burung atau Cabang Tiga merupakan sejenis ulam tradisi orang Melayu yang cukup terkenal kerana khasiatnya baik untuk dalaman mahu pun untuk luarannya, baik di kalangan kaum lelaki mahu pun wanita.

Namanya sahaja sudah membawa makna yang tersendiri kepada peminat-peminatnya. Nama botani untuk Cabang Tiga ialah Euodia lunu ankeda dari famili Rutaceae. Di sesetengah tempat Cabang Tiga atau Tenggek Burung ini juga dikenali sebagai “Kiandang” atau pun “Tapak Itik.”


Ulam Tenggek Burung yang segar.

Kepada penggemar “Cabang Tiga” ini, ianya cukup enak dibuat ulam mentah, dikawankan dengan sambal kelapa atau sambal belacan bercampur isi ikan panggang. Biasanya ulam ini menambahkan selera makan peminatnya. Oleh itu, kepada mereka yang ingin menjaga diet masing-masing, cobalah jauhi ulam ini.

Keistimewaan Cabang Tiga ialah ianya rangup.

Pucuk Cabang Tiga atau Tenggek Burung ini amat digemari sebagai ramuan nasi tradisi seperti nasi ulam mahupun nasi kerabu.

Pokok Tenggek Burung dikatakan berasal dari Malaysia, boleh mencapai ketinggian sehingga tujuh meter.

Jika dahulu pokok Cabang Tiga atau Tenggek Burung jarang ditanam dan banyak tumbuh secara semula jadi di tepi semak, di dalam kebun getah di pinggir kampung, tetapi kini sudah menjadi tanaman pilihan di dalam taman-taman di tepi rumah banglo.

Cabang Tiga @ Tenggek Burung @ Kiandang @ Tapak Itik.

Kebiasaannya, pokok Cabang Tiga ini dikembangbiakkan oleh burung-burung yang memakan buahnya selepas bertenggek di pohon ini. Keratan batangnya juga boleh digunakan sebagai keratan benih selepas disapu sedikit serbok hormon untuk menggalakkan pembiakan akar di pangkal keratan batang tersebut. Anak-anak pokok Cabang Tiga yang banyak tumbuh di tepi induknya juga sesuai dijadikan anak benih untuk ditanam di tepi rumah kita.

http://idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan