Jumaat, 25 Jun 2010

Peserta Industri Halal Perlu Raih Pasaran Ramuan

Sumber: BERNAMA
25 Jun, 2010 21:35 PM


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Para peserta industri halal perlu bergiat aktif di dalam sektor ramuan halal kerana para pengguna Islam di seluruh dunia menuntut dihentikan penggunaan ramuan berasaskan haiwan, kata isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Katanya ramuan yang kompleks yang disepadukan ke dalam produk farmaseutikal dan penyediaan makanan, seperti gelatin, enzim dan bahan memekatkan makanan yang digunakan di dalam masakan harian dan penyediaan makanan kini mendapat pemantauan teliti dan diperdebatkan.

"Dengan itu, adalah penting bagi ramuan halal yang mematuhi syariah disediakan bagi memenuhi keperluan pengguna, kata Rosmah semasa menutup Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Dunia (WHRS) ketiga 2010 di sini. Katanya permintaan bagi mendapatkan ramuan bukan halal dari pengeluar dan pengguna global Islam mewakili peluang yang besar bagi para peserta industri halal.

"Saiz pasaran ramuan global dianggarkan lebih US$30 bilion pada 2005 dan diunjurkan mempunyai kadar pertumbuhan tahunan 2.4 peratus," katanya, sambil menyatakan bahawa pasaran itu bernilai US$34.2 bilion sehingga ini. Rosmah berkata peserta industri halal perlu mulai menyandarkan terhadap teknologi yang baharu muncul seperti bioteknologi dan nanoteknologi untuk membangunkan produk baharu dan menambah baik teknologi makanan pemprosesan makanan halal dan bukan halal.

Katanya kerajaan mempunyai dasar dan infrastruktur institusi yang relevan bagi menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). "Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan menyediakan geran dan insentif bagi syarikat untuk melaksanakan R&D di dalam pengeluaran dan pembangunan produk halal," katanya.

Acara tiga hari itu juga bermatlamat menzahirkan secara pendekatan menyeluruh untuk membangunkan "eko-sistem halal" melalui R&D. Beliau percaya lebih banyak sidang kemuncak industri halal akan membantu pertumbuhan dan para pesertanya dapat mengemas kini dengan dapatan dan teknologi baharu.

"Tanpa diragui, produk baharu dibangunkan setiap hari manakala teknologi produk baharu digunakan oleh industri untuk kekal kompetitif di dalam pasaran global. "Untuk kekal sebagai peneraju industri itu, kita perlu berada di hadapan di segi corak trend dan pengguna," katanya. -- BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=508799

Tiada ulasan:

Catat Ulasan