By Idris Ismail Talu
Sekolah Kebangsaan Kuala Medang, sebuah sekolah kebangssaan biasa yang terletak hulu Sungai Jelai. Semasa penulis bertugas di Kuala Lipis 1971 hingga 1979 dahulu, belum ada jalan raya untuk sampai ke Kuala Medang. Untuk datang ke Kuala Medang, penulis boleh menaiki boat dari Bukit Betong atau melalui jalan tanah merah melalui Sungai Ular.
Apabila Felda Sungai Koyan dimajukan, baru ada jalan tanah merah dari Sungai Koyan ke Kuala Medang.
Kenapa penulis memilih blog SK Kuala Medang untuk dipaparkan dalam blog penulis? Di dalam dunia maya sekarang, kita tidak terpisah lagi, walau di mana kita berada. Sama ada kita berada di Kuala Medang, di Aur Gading, di Sungai Ular, tidak menjadi hal lagi, yang penting kita gunakan kemudahan internet yang disediakan untuk membuka mata kita, mencari ilmu sebanyak mungkin untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Tahniah penulis kepada Guru Besar, guru-guru, semua kakitangan sekolah, pelajar-pelajar dan seluruh penduduk Kuala Medang.
Blog Sekolah Kebangsaan Kuala Medang boleh dilihat di http://myskema.blogspot.com/
©idrisismailtalu@2010
Aji..SK Kuala Medang ada lapangan golf dan pusat gasing pangkah..idea GB..
BalasPadamPS-Tahniah kepada SK Kuala Medang!
BalasPadamLokasi sesebuah sekolah bukan penghalang dalam membina suatu sejarah kejayaan sesebuah sekolah.
Teruskan perjuangan!