By Idris Ismail Talu
Bunga kemboja mempunyai pelbagai jenis warna- merah jambu, kuning, putih dan berbagai lagi. Bunga kemboja biasanya dikaitkan sebagai bunga kawasan kuburan, jadi ianya kurang ditanam di kawasan kediaman. Namun begitu, tabiat ini semakin berkurangan sekarang. Sudah ramai yang mula menanamnya di kawasan kediaman.
Kemboja disebut sebagai frangipani atau plumeria dalam bahasa Inggeris. Nama rasmi botaninya ialah Plumeria Alba. Gambar ini penulis ambil petang 13 February 2010 di Lembah Kinta ini. Cuaca kering dan panas beberapa minggu ini memeriahkan lagi warna merah jambunya.
©idrisismailtalu@2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan