By Idris Talu
Kenangan lama semasa belajar di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said di Lenggong.
Gambar ini diambil semasa saya dan rakan-rakan berada di dalam Tingkatan Tiga A, dalam tahun 1966. Nama pelajar-pelajar dan guru-gurunya, insya Allah akan saya detailkan nanti. Perlu bertanya kepada rakan-rakan yang saya boleh hubungi untuk kepastian.
Gambar ini pula diambil semasa saya berada di Tingkatan Empat A, dalam tahun 1967. Nama-nama mereka yang ada di dalam gambar, insya Allah akan saya usahakan.
Sementara gambar ini diambil dalam tahun 1968, iaitu semasa di dalam Tingkatan Lima A. Gambar ini diambil bersama guru-guru yang mengajar kami dalam tahun tersebut.
Gambar ini pula, kami pelajar-pelajar bersama guru kelas kami, En Idris bin Abdul Majid. Ketua darjah kami, En Yob Ahmad bin Muhammad dari Belum Baru, di sebelah kanan Cikgu Idris bin Abdul Majid.
Gambar lama, saya tidak ingat tahun berapa, saya dan dua pupu saya, Hj Abdul Rahman bin Hj Ismail dalam satu aktiviti ko kurikulum. Sementara rakan sekelas yang sedang membaca buku itu, Puan Rahmah Mat Aris (berasal dari Kajang).
©idristalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan