Ahad, 26 Julai 2009

Idris Talu - Album Keluarga

By Idris Talu

Dalam album keluarga, saya simpan gambar kenangan lama bersama isteri, anak-anak, menantu-menantu dan juga cucu-cucu kami.

Gambar di bawah, diambil oleh Angah. Saya, isteri, Along dan Ihsan dalam keretanya. Gambar ini diambil di suatu pameran jualan tahun 80an dulu. Tempat ini pada kini telah dibina kedai-kedai kelompok Silveritage, di Medan Gopeng, Ipoh.


Isteri saya, dengan anak-anak kami, Ihsan dan Ikram bergambar dengan cucu pertama kami, Irfan di samping cycad.


Angah dan Ihsan di papan tanda amaran laluan gajah di jalan raya Timur-Barat, antara Gerik di Perak, dan Jeli di Kelantan.



©idristalu@2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan