By Idris Ismail Talu.
Setelah selesai majlis bacaan doa selamat di rumah adik penulis di Jelebu, keesokan harinya kami pun bertolak balik ke Ipoh.
Dalam perjalanan balik, kami singgah di rumah Asiah & Irwan (anak & menantu adik penulis) di Desa Pinggiran Putra. Kami menikmati makan tengahari istimewa di rumah Asiah & Irwan. Terima kasih Asiah & Irwan - masak macam ini, paklong dengan maklong kena datang selalulah.
Setelah kekenyangan, kami bertandang ke rumah Haji Abd Jalil (biras adik penulis) di kawasan berdekatan juga.
Di rumah Haji Abd Jalil, isterinya (ipar adik penulis) telah menyediakan masakan mee kari istimewa pula. Lepas makan semua tersandar kekenyangan. Terima kasih juga kepada Haji Abd Jalil dan isterinya yang memberikan layanan istimewa kepada kami dari Ipoh.
Selepas makan kami bergambar beramai-ramai. Di rumah Asiah & Irwan tadi lupa nak mengambil gambar. Kamera pun tertinggal, bersusah payah Asiah & Irwan menghantarnya.
Akhir sekali terima kasih kepada Asiah & Irwan yang menghantar paklong & maklong sampai ke highway untuk pulang ke Ipoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan