Rabu, 31 Ogos 2011

Ibu Penulis Berpulang ke Rahmatullah

Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini)

Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kembali ke pangkuanNya. Allahyarham ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa, 01 Syawal 1432 Hijriah bersamaan 30 Ogos 2011 setelah uzur tua agak sekian lama.

Allahyarham meninggal dunia di rumah adik penulis, Puan Asiah binti Ismail di kampong Gua Badak, Lenggong.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di masjid Kampung Gua Badak sekitar jam 5.58 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut juga.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh Allahyarham dan menempatkan ruhnya bersama ruh-ruh orang yang beriman.

Al Fatehah untuk Allahyarham.

Idris Talu.

6 ulasan:

  1. Salam Takziah dari tw semoga bersabar dan tabah hadapi ujian Allah kerana kehilangan bonda tercinta, semoga roh Allahyarhamah bersama roh-roh solehin dan solehah..Al-Fatihah...

    BalasPadam
  2. Al Fatihah dan Takziah...semoganya disisi orang2 solehah

    BalasPadam
  3. Tuan Haji Arshad di Makkah,

    Amin ya Rabbal ‘Alamin.
    Terima kasih Tuan Haji.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Tokwan Matarun,

    Amin. Terima kasih TM – memang amat terasa kesedihannya. Maklumlah kami kehilangan bapa di umur enam tahun, kepada ibu sajalah tempat kami mendapat kasih sayang. Semuanya adalah rahmat Allah belaka kepada hambaNya.

    Wassalam.

    BalasPadam
  5. Salam Takziah, semoga roh Allahyarhamah bersama roh-roh solehin dan solehah..Al-Fatihah...

    Daripada,
    Lailatulkadar

    BalasPadam
  6. En. Laila KPAS,

    Terima kasih atas doa untuk aruah ibu saya.
    Amin ya rabbal ‘alamin.

    Wassalam.

    BalasPadam