Isnin, 27 Disember 2010

Ketenangan Dan Kedamaian Desa

By Idris Ismail Talu.

Bila berpeluang ke kampung mana sekali pun, penulis suka melihat rumah-rumah yang seni binanya masih tradisional – tidak kiralah sama ada yang berbumbung lima atau bentuk-bentuk lain mengikut cita rasa tempatan yang diwarisi dari orang yang terdahulu.

Bila berkesempatan bersiar-siar di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini, penulis sempat merakamkan keindahan seni bina tradisional Minangkabau yang masih banyak boleh dilihat di sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Seni bina Minangkabau yang masih dipertahankan di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.

Rumah yang penulis utarakan kali ini ialah milik seorang jiran adik kepada penulis di Kampung Ulu Jelebu, Kuala Klawang. Rumahnya yang cantik menawan ini, dirawat rapi, bersih dan indah di sekelilingnya.

Dihiasi dengan pelbagai tanaman berbunga seperti bunga raya (Hibiscus rosasinensis), senduduk (Melastoma Malabathricum ), bunga pudding (Codiaeum variegatum ), bunga pisang dan beberapa jenis tumbuhan hiasan tanpa bunga yang di perun rapi dan cantik.

Sementara pagar di sekeliling rumah cantik ini ditanam dengan tanaman petola (Luffa aegyptica' ), yang kadang-kadang disebut ketola.

Pelbagai pokok buah-buahan ditanam di sekeliling rumah, seperti rambutan, pulasan, longan, nangka dan yang paling banyak ialah durian.

Tanaman petola bulat (Luffa aegyptica )

Betik (Carica papaya )

Pisang nangka (Musa paradisiaca L.).

Bunga senduduk (Melastoma Malabathricum)





Pokok senduduk (Melastoma Malabathricum)



Bunga pisang.

Bunga raya (Hibiscus rosasinensis)

Dusun di sekeliling rumah.

Pokok manggis.

http://idristalu.blogspot.com/

2 ulasan:

  1. Waalaikumusalam En Idris

    seronoknya suasana kampung
    pohon menghijau
    pokok bunga berbagai warna mekar kembang

    terima kasih
    Wassalamris

    BalasPadam
  2. En Rozali,

    Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

    Memang seronok berada di dalam suasana aman damai, tenang dan nyaman di kampung-kampung kita.

    Ramai di antara kita yang berebut nak membeli rumah di Kuala Lumpur. Sebenarnya boleh beli rumah di Kuala Lumpur, untuk tinggal sementara bekerja.

    Binalah juga rumah di luar Kuala Lumpur, seperti di Kuala Kubu Baru atau Tanjung Malim, atau di Hulu Langat, di mana kita boleh berkebun dan berdusun.

    BalasPadam