Jumaat, 20 Ogos 2010

Kueh Mueh Pasar Ramadhan Stadium Perak, Ipoh 2010

By Idris Ismail Talu.

Beberapa hari yang lepas, penulis bersama isteri "jalan-jalan, cari makan" ke Pasar Ramadhan di tepi Stadium Perak di Kampung Simee, Ipoh.

Banyak gerai jualan aneka juadah untuk berbuka puasa terdapat di situ. Pelbagai jenis kueh disediakan untuk dibeli pengunjung Pasar Ramadhan tersebut. Rambang juga mata melihatnya. Penulis sempat mengambil beberapa keping foto, untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog ini - terutama yang belum pernah sampai ke Ipoh.

Banyak terdapat khemah jualan di sini.

Pengunjung Pasar Ramadhan pun ramai juga.

Ada yang baru datang, ada yang sudah mahu pulang.

Kurma, buah wajib untuk berbuka puasa.

Kurma pun terdapat pelbagai jenis.

Kurma yang paling digemari di sini.

Bubur - lembut, sesuai benar untuk perut yang lama kosong.

Ada bubur gandum, ada bubur pulut hitam - ikut kesukaan pembeli.

Ada kueh sagu, ada lopeh, ada juga karipap dan sebagainya.

Popia goreng - rangup dan sedikit pedas.







Kuah pecal.

Campuran sayuran untuk pecal - kangkung, taugeh kacang hijau, pucuk paku muda, ubi sengkuang (bengkuang) dan mentimun yang diracik halus.

Dan...akhir sekali, gulai daging campur batang pisang - item baru di Pasar Ramadhan, Tepi Stadium Perak di Ipoh.

http://idristalu.blogspot.com/


2 ulasan:

  1. Salam Ramadhan En Idris

    lama betul tak makan gulai campur umbut batang pisang, kat kl tak jada umpa lagi

    Wassalam

    BalasPadam
  2. En. Rozali,

    Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,

    Gulai daging campur umbut batang pisang cuma popular di sebelah Utara Perak, Seberang Perai, Kedah dan Perlis saja. Sungguhpun menggunakan umbut pisang sebagai bahan utamanya, dagingnya kena daging baik dan rempah ratusnya serupa gulai daging lain juga.

    Selain nak mencari untung, mutu gulai kena jaga juga.

    Wassalam.

    BalasPadam