Jumaat, 26 Disember 2014

RESEPI KERABU DAGING CARA ORANG RAO





(Oleh Tuan Haji Duan Yusof)

Bahan-bahannya :
Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobih pon bulieh…

 Seeloknya gunakan daging segar

Santan- RM 3.00 (lobih kurang sotongah liter santan segar)

Kunyit, daun kunyit, serai, lengkuas, daun limau purut,bawang kecil, kerisek, garam, limau nipis, dan cili api – secukup rasa.


Cara membuatnya :

Untuk membuat kuahnya,  daging di rebus dengan air santan cair sehingga lembut. Kemudian daging diasingkan dan ditoskan Selepas itu dihiris mengikut kesesuaian dan kesukaan kita, mahu pendek atau panjang, mahu tebal atau nipis, sesuai cita rasa masing-masing.


Air santan yang digunakan untuk merebus daging tadi, dicampor dengan pati santan, daun kunyit, serai, isi kunyit hidup, daun limau purut, garam secukup rasa dan sedikit  lengkuas untuk di jadikan kuah.

Kuah dah kira siap.

Daging tadi yang telah di hiris, digaulkan dengan bawang kecil yag telah dihiris halus, cili padi yang ditumbuk kasar - secukup rasa (Tapi urang rawo kono podeh sikit baru ngam), air limau nipis, kerisik sampai sebati.

Ketika makan campur kerabu daging tadi dengan kuah yang disediakan tadi, dimakan dengan nasi putih. Kalau kono caronyo, ompek pinggan nasi abih tak teraso…

Insyaallah selamek mencubo…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan