Jumaat, 14 Februari 2014

Resepi membuat kebebe

Cara menumbuk kebebe
Foto ihsan En. Mat Matawai

Nenas hijau
antara bahan untuk membuat kebebe.


Bahan buah -buahan untuk membuat kebebe:


Buah nenas yang sederhana tua - seeloknya nenas hijau

Buah jambu batu - sama ada tanaman kampung atau yang tanpa biji



Buah jambu air

Buah gucel

Buah kedondong

Isi buah kelubi muda

Buah belimbing buluh sederhana tuanya

Buah cermai

Buah kelempung

Buah cedong

Jantung Pisang

Putik  nangka muda

Putik kelapa yang masih mampat, belum berair

Putik ciku

Buah rumbia (jika ada)

 Buah belimbing buluh @ wuluh.
Buahnangka muda

Buah jambu air
 Buah kelempung
 Pilih putik kelapa yang belum berair

 Buah gucil
  Antara bahan-bahan untuk membuat kebebe
Foto ihsan En. Mat Matawai
 
Bahan-bahan sambalnya:-




Cabai melaka @ cili padi
Belacan, atau digantikan dengan isi ikan tenggiri yang telah dipanggang
Garam kasar
Gula pasir
Sedikit gula perang
Sedikit kacang tanah yang telah digoreng

Cara-cara membuatnya:-

1. Buah nanas tua dikupas kulitnya dan dibuang bulu hidungnya. Isi nanas dipotong dadu.
2. Buah jambu batu dibersihkan, dibuang bijinya dan dipotong dadu.
3. Buah jambu air dibersihkan dan dipotong juga.
4. Buah nangka muda dibersihkan dan dipotong dadu.
5. Putih kelapa juga dibersihkan kulitnya, dan dipotong dadu.
6. Jantung pisang dibuang kulit kasarnya, dipotong sederhana kecilnya. Jarum bunganya elok dibuang.
7. Buah-buah lain dibersihkan dahulu.

Cara Menumbuknya:

1. Masukkan cabai melaka @ cili padi, garam kasar, gula pasir, gula perang, kacang tanah dan belacan ke dalam lesung kayu. Tumbuk semua bahan hingga lumat @ hancur.

2. Selepas itu masukkan nangka muda, jambu batu, belimbing buluh, buah cermai, buah kelempung, buah cedong, jantung pisang, buah nenas, putik kelapa, putik ciku, jambu air, isi buah rumbia, buah kedondong, buah gucil ke dalam lesung kayu dan ditumbuk. Ada yang suka bahan-bahan ini ditumbuk lumat, sementara ada juga yang suka ia ditumbuk agak kasar bentuknya. Terpulanglah kepada kesesuaian penggemarnya.

3. Makanan kebebe siap sedia untuk dinikmati. 

Cara memakannya samalah seperti kita memakan rojak buah yang lain.

 Menumbuk kebebe dalam lesung kayu
Foto ihsan En. Mat Matawai
Semasa Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini.

http://idristalu.blogspot.com/



 





1 ulasan:

  1. Lama sungguh sy x buat kebebe..x ingat langsung dah..tengok resepi cg ni..terfikir2 balik..kalau jantung pisang dgn nangka muda tu x ghebuh dulu ke cikgu..seingat saya kalu dulu kami boh cermey jer..

    BalasPadam