SEREMBAN: Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, guru cemerlang, guru besar cemerlang dan pentadbir cemerlang
yang memiliki ijazah akan dilantik ke gred DG41 tanpa temuduga tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri
yang juga Menteri Pelajaran berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan
melantik secara terus tanpa temu duga calon guru yang berprestasi cemerlang
selepas menamatkan pengajian perguruan bermula tahun depan.
Muhyiddin berkata demikian
ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di Hotel Royale Bintang,
di sini, sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan