Sabtu, 1 September 2012

RESTORAN LAT’s KAMPUNG BOY

 
Foto - Mingguan Malaysia Online.

JOHOR BAHRU 1 Sept. - Selama ini orang ramai hanya melihat atau menonton kartun yang dihasilkan oleh kartunis terkenal, Lat di televisyen dan media cetak.

Namun, apabila Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di Nusajaya dekat sini membuka pintunya kepada orang ramai November ini, pengunjung boleh beramah mesra dengan karakter terkenal kartun itu.

Ini kerana, taman tema setinggi empat tingkat itu yang dibina dengan kos RM115 juta bakal menempatkan sebuah restoran berkonsepkan kampung hasil adaptasi dari kartun 'Lat The Kampung Boy'.

Menurut Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Nor Khalid, pengunjung di restoran tersebut boleh melihat sendiri dan bermesra dengan karakter kartun itu sambil menjamu selera dengan pelbagai hidangan ala kampung.

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan