Ahad, 12 Ogos 2012

BEKALAN AIR LEBIH BERKUALITI DI BUKIT SAPI, LUAT, TALONG, PULAU CHERI, CHEPOR DAN BENG


Wartawan Sinar Harian
3 Ogos 2012 


LENGGONG - Sejumlah 2500 penduduk di sekitar Kampung Bukit Sapi, Luat, Talong, Pulau Cheri, Chepor Dan Beng, di sini, bakal menikmati bekalan air bersih lebih berkualiti apabila kerja-kerja pelaksanaan Projek Bekalan Air Bersih bernilai RM 6.2 juta bermula pada 12 Julai lalu dan dijangka siap pada 8 Januari 2014.

Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Dato’ Hasim bin Hasan bersama Ahli Parlimen Lenggong, Dato’ Shamsul Anuar Nasarah telah menyempurnakan majlis pecah tanah serta perasmian pelaksanaan projek berkenaan.

Hashim ketika ditemui berkata, rakyat semakin bijak menilai kemampuan kerajaan dalam menyelesaikan masalah pada masa kini.

"Oleh itu, bukan hanya kesegeraan penyelesaian masalah dilihat oleh rakyat, malah kualiti penyampaian serta hasil projek yang dilaksanakan turut akan dinilai," katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar merakamkan penghargaan serta terima kasih beliau kepada Pejabat Pembangunan Negeri Perak kerana telah banyak membantu dari segi kerja awalan projek seperti siasatan tapak, ulasan dan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya hanya berperanan sebagai wakil rakyat dalam usaha mempercepatkan permohonan tersebut dengan memanjangkan isu rakyat kepada Perdana Menteri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan