Khamis, 26 Julai 2012

Peniaga pasar malam Station 18 Ipoh diminta bekerjasama


Wartawan Sinar Harian - 27 Julai 2012 
 IPOH – Peniaga pasar malam Station 18 yang membuat bantahan baru-baru ini dinasihatkan untuk berpindah ke tempat baru yang disediakan kepada mereka untuk berniaga.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Soo Mee Sheng berkata, peniaga perlu memberikan kerjasama untuk berpindah memandangkan kawasan itu adalah jalan utama bagi peniaga dan pengguna dari Aeon.

Menurutnya, sebelum ini tidak timbul isu berkenaan kerana kawasan itu tidak membangun seperti sekarang yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah dan beriadah bersama keluarga.

“Lokasi sedia ada pasar malam itu sesak dan pihak MBI turut menerima aduan daripada peniaga-peniaga kawasan sekitar selain pengguna jalan raya serta penduduk setempat.

“Pemindahan akan diteruskan selepas hari raya nanti. Semua tindakan ini dilakukan agar tidak berlaku sebarang perkara yang diingini,” katanya.

Sinar Harian pernah melaporkan lebih 50 peniaga pasar malam di Jalan Pengkalan Barat 35, Station membantah tindakan MBI memindahkan mereka ke lokasi baru yang didakwa tidak menguntungkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan