Ahad, 17 Jun 2012

Timbalan Perdana Menteri lulus RM3 juta bina semula Pasar Minggu Changkat Jering ketika tinjauan mesra


TAIPING 17 Jun - Timbalan Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan ke negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina semula Pasar Minggu Changkat Jering di tapak yang baru di sini, ketika melakukan tinjauan mesra di pasar itu pagi ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong Datuk Rosli Husin memohon peruntukan bagi membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.

Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan peniaga serta orang ramai yang hadir. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan