Khamis, 28 Jun 2012

Felda Global disenarai hari ini


2012/06/28

FGVH lonjak daya saing negara

PETALING JAYA: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hari ini adalah kemuncak kepada pembaharuan strategik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan melonjakkan daya saing global negara.

Justeru, penyenaraian cabang komersial FELDA itu bukan saja peristiwa penting kepada peneroka, malah kepada rakyat Malaysia secara umumnya.

Bagi 112,635 warga peneroka, selain durian runtuh RM15,000 yang diterima menjelang penyenaraian FGVH serta keuntungan modal yang bakal diraih daripada pegangan saham, pelbagai manfaat lain menunggu mereka. Antaranya adalah:

Dana amanah itu diberikan 20 peratus pegangan saham dalam FGVH, antara tiga syarikat perladangan sawit senaraian awam terbesar di dunia berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham yang bernilai kira-kira RM3.4 bilion.

Semua manfaat ini adalah hasil titik peluh lebih 30 tahun warga peneroka memajukan tanah mereka, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad dalam taklimat media, di sini semalam.
Bagi rakyat Malaysia umumnya, walaupun tidak semua meraih manfaat langsung, penyenaraian FGVH bakal menyaksikannya memainkan peranan lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara menerusi pengembangan aktiviti perniagaannya.

Penyenaraian FGVH bernilai RM9.93 bilion iaitu kedua terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook, juga bakal menaikkan profil serta kepelbagaian pasaran modal tempatan, sekali gus meningkatkan daya tarikan Malaysia di kalangan pelabur antarabangsa.

Penyenaraian FGVH mercu tanda bersejarah bagi Kumpulan FELDA dan menandakan permulaan program transformasi yang bakal mencarta hala tuju kami untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Ia juga bermakna Kumpulan FELDA sedia memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara. Jika dulu kerajaan membantu peneroka FELDA meningkatkan taraf ekonomi, kini giliran FELDA pula menerusi pengembangan perniagaannya, menyumbang kepada negara dan membantu menaikkan taraf hidup rakyat lain termasuk generasi kedua dan ketiga peneroka, katanya.

Sebagai permulaan, FGVH sudah pun merangka satu program yang akan menyediakan bantuan kewangan bagi membaiki rumah penduduk miskin di kawasan pinggir tanah rancangan FELDA.

Kami menyediakan peruntukan kewangan bagi program ini. Ia adalah antara program tanggungjawab sosial FGVH, katanya.

Untuk bergerak ke depan, Sabri berkata, FGVH akan menumpukan kepada perniagaan dalam kegiatan huluan industri sawit yang menyediakan keuntungan lebih tinggi, tetapi pada masa masa terus mengembangkan perniagaan dalam sektor hiliran sebagai penyokong.

Sasaran kami dalam tempoh dua hingga tahun ini adalah menjadi syarikat perladangan terbaik. Kami sudah pun menjadi antara yang terbaik dari segi kadar perahan (OER) minyak sawit serta kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kini kami sedang berusaha meningkatkan kadar hasil sehektar menerusi penanaman semula menggunakan benih lebih bermutu tinggi, katanya.

Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2012, FGVH mencatat keuntungan bersih RM192.16 juta, susut 46 peratus berbanding RM359.05 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan