08 Mei 2012.
PUTRAJAYA 7 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa
Kebangsaan memutuskan penggunaan pinggan mangkuk atau perhiasan daripada tulang
babi atau Bone China adalah haram.
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin
berkata, biarpun tulang tersebut sudah bertukar rupa selepas diproses hingga
menjadi abu ia masih dikategorikan sebagai najis berat.
Katanya, ia berdasarkan hukum syarak yang mengharamkan apa
jua peralatan diperbuat daripada babi.
"Pada umumnya muzakarah berpandangan peralatan pinggan
mangkuk yang dibuat daripada tulang babi walaupun sudah dihancurkan tidak
dibenarkan.
"Pihak kami dimaklumkan sebanyak tujuh juta babi
disembelih untuk tujuan ini. Biarpun sudah menjadi debu dan dibentuk seperti
cawan hukumnya masih haram pada syarak," katanya ketika ditemui selepas
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini, semalam.
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan