KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengharamkan dan mengenakan perintah larangan ke atas buku Where did i come from kerana mengandungi elemen memudaratkan moral masyarakat dan kepentingan awam.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, pengharaman buku tulisan Peter Mayle itu dibuat di bawah peruntukan Seksyen 7 Subseksyen 1 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Perintah larangan pula dibuat berdasarkan Seksyen 8 Subseksyen 2 akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh telah meminta KDN memantau pengedaran buku import yang didakwa mengandungi unsur lucah melampau dan ilustrasi yang keterlaluan.
Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan