Khamis, 12 Mei 2011
PERLU UNDI MELAYU UNTUK TAWAN PUTRAJAYA
AKHBAR China Press melalui ruangan perbincangan umum rakyat pada 8 Mei 2011 pula menceritakan tsunami politik yang sudah tidak hangat lagi. Dengan tajuk ‘Realitinya Keadaan Politik Di Malaysia’, penulis Goh Chee Chong berkongsi situasi politik selepas Mac 2008 yang telah berubah normal seperti sediakala buat masa ini, seperti berikut:
Model politik rasis di Malaysia pada dasarnya kekal tiada perubahan. Pada tsunami politik 2008, keadaan pada masa itu pada dasarnya semua kaum dalam keadaan sedang ‘menentang’ kerajaan kecuali kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Jika kita lihat dari segi keseluruhanya, undi orang Cina secara tradisinya berpihak kepada Pakatan Rakyat, undi kaum India juga berpihak kepada Pakatan Rakyat apabila timbul isu Hindraf tetapi hanya sedikit undi Melayu memihak Pakatan Rakyat. Undi Melayu memberi laluan pada BN terus kekal berkuasa di kerajaan Pusat.
Mengikut satu petikan laporan, undi Melayu telah banyak kembali kepada BN, undi kaum India oleh kerana pihak Hindraf dingin juga kembali pada BN, undi orang Cina masih kekal dan tetap menyokong pakatan pembangkang tetapi kini kelihatan mula goyang.
Mengikut keadaan sekarang ini, dijangka BN akan dapat habuan besar dari kawasan Melayu, terus kekal memerintah tanpa sebarang halangan dan dijangka dapat majoriti 2/3 di Parlimen.
Di kawasan pengundi Cina yang lebih ramai, mungkin BN akan kalah lebih teruk daripada 2008. SUPP alami keadaan itu, lambat-laun mungkin akan berlaku pada MCA dan parti Gerakan di Semenanjung.
Apabila sekutu-sekutu BN semua telah kecundang, keseluruhan BN akan terdiri daripada UMNO. Di situ akan berlaku satu keadaan orang Melayu memerintah dan orang Cina jadi pembangkang.
Di dalam dewan Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri tidak nampak wakil-wakil parti Cina yang boleh mewakili kaum Cina kecuali dilantik dengan cara yang lain. Pada masa itu, apa yang akan berlaku pada masyarakat Cina, kita tunggu dan lihat apa yang akan dirasai oleh masyarakat Cina itu sendiri.
Pengundi Cina tidak mahu lihat berlakunya fenomena “orang Melayu memerintah dan orang Cina jadi pembangkang”. Pengundi-pengundi Cina percaya dan tidak berganjak, satu hari nanti pakatan pembangkang akan dapat lepasi pemikiran yang dibelenggu dengan isu perkauman dan zahirkan semua orang ‘sama rata’ dalam masyarakat ini.
Kejayaan pakatan pembangkang merampas lima negeri pada PRU lepas memberi harapan pada orang Cina. Penulis anggap pada PRU akan datang, Perak dan Selangor menjadi satu ukuran terhadap keyakinan masyararakat Cina nanti. Jika kedua-dua negeri itu jatuh ke tangan BN, harapan masyarakat Cina mahu pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya pasti merudum.
Jika benar pakatan pembangkang berhasrat mahu melangkah ke Putrajaya, mereka perlu rampas pengundi Melayu dari tangan UMNO, tapi bagaimana? Yang dikhuatiri, bukan sahaja pakatan pembangkang tidak dapat ubah pemikiran orang Melayu, sebaliknya nanti mereka sendiri terikut-ikut pemikiran orang Melayu dan kembali semula kepada jalan lama UMNO.
Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan