07/04/2011 3:48pm
ALOR SETAR 7 April - Sepasang suami isteri warga Thailand dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas memakan sejenis cendawan liar di Bukit Tangga, Changlun, 55 km dari sini semalam.
Thongthi Poi, 50, dan isterinya Boonma Gaeonin, 41, memungut cendawan itu di kebun getah tempat mereka bekerja sebagai penoreh.
Kedua-duanya dibawa ke Hospital Jitra dan kemudian dihantar ke HSB selepas tidak sedarkan diri. Keadaan mereka dilaporkan semakin pulih. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan