12/04/2011 12:44pm
IPOH 12 April – Pemangku Raja Perak, Dr Raja Nazrin Shah Raja Nazrin Shah memuji usaha yang dirintis oleh kerajaan negeri kerana berjaya meningkatkan keyakinan pelabur.
Menurut baginda, nilai pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam negeri Perak meningkat daripada RM893 juta pada 2009 kepada RM3.039 bilion pada tahun 2010, terdiri daripada RM1.393 bilion pelaburan domestik dan RM1.646 bilion pelaburan langsung asing.
"Melalui pelaburan tersebut, 5,396 peluang pekerjaan baru dijangka dapat diwujudkan,” titah baginda ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.
Bagi memastikan setiap pelaburan dapat memulakan operasi dengan segera, Raja Nazrin Shah bertitah, jabatan dan agensi yang berkaitan akan mengambil pendekatan sebagai pemudah cara di samping mengamalkan budaya kerja mesra pelanggan.
Baginda juga menasihatkan anggota kerajaan dan penjawat awam supaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak melakukan rasuah. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan