By Idris Ismail Talu.
Muzium biasa nya merupakan sebuah institusi atau bangunan di mana sekumpulan artifak atau barang-barang penting yang berkaitan dengan seni, sejarah, sains dan lain-lainnya disimpan dan dipamerkan kepada umum.
Kebiasaannya muzium bermula dengan pengumpulan barang-barang artifak berharga milik peribadi dari kalangan hartawan atau milik sesuatu keluarga ternama. Apabila barang-barang ini sudah banyak dalam simpanan, mereka akan membuat atau membina sebuah bangunan khas untuk merawat, menyimpan dan mempamerkannya kepada umum.
Pengumpulan barang-barang mahu pun artifak biasanya dikumpulkan dari seluruh ceruk dunia. Muzium-muzium terkenal di seluruh dunia menyimpan dan mempamerkan artifak dari pelbagai negara, tidak semestinya dari negara tersebut sahaja. Ianya boleh jadi dalam bentuk asli atau pun duplikasinya.
Muzium-muzium besar biasanya terletak di dalam bandar-bandar besar di serata dunia. Sementara muzium-muzium yang lebih kecil dibina di bandar-bandar kecil pula.
Sesuai dengan proses pendigitalan maklumat di serata dunia, kebanyakan musium-muzium besar dunia telah memulakan proses penyimpanan maklumat dalam bentuk digital. Gambar-gambar beresolusi tinggi serta gambar-gambar dalam bentuk tiga dimensi membolehkan dan memudahkan orang ramai dan para pelajar mendalami ilmu dalam bidang ini.
http://idristalu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan