Khamis, 3 Februari 2011

10 jam terkandas di lapangan terbang

04/02/2011 3:35am

Daripada AZMAN MD. NOOR


KAHERAH 4 Feb. – Sekumpulan kira-kira 600 pelajar Malaysia di sini yang sepatutnya berlepas ke Jeddah, Arab Saudi kini masih terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ekoran masalah penerbangan.

Wakil Utusan Malaysia yang berada di lapangan terbang berkenaan mendapati sebahagian para pelajar tersebut sudah menunggu kira-kira 10 jam di lapangan terbang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut berada di lapangan terbang tersebut memberi jaminan para pelajar berkenaan akan dibawa keluar dari Mesir menuju ke Jeddah dalam tempoh tiga jam lagi kerana pelepasan dari kerajaan Arab Saudi baru sahaja diterima. – Utusan

Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan