Selasa, 11 Januari 2011

BAM tersepit untuk pertahan kredibiliti

Wira badminton negara
PETANG ini, sembilan anggota Exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM), termasuk presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berdepan saat getir untuk tampil membuat satu keputusan adil - sama ada mahu menerima sebulat suara peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek atau pun sebaliknya.

Situasi sekarang jelas memberi gambaran betapa badan induk itu tersepit dalam mempertahankan kredibiliti untuk memenuhi tuntutan seorang individu ketika jurulatih perseorangan negara itu dinilai mendapat simpati orang ramai dan pihak kerajaan.

Andai berpandu kepada elemen berkenaan, BAM harus membuat satu keputusan dengan sikap berani jika berpendapat kebenaran berada di pihak mereka.

Persoalannya, apakah badan berkenaan berani menolak tuntutan seumpama itu dan tegas dengan pendirian mereka. Tambahan, jika difikirkan secara lojik BAM tidak bersalah dan ketika sama tidak pun memecat Misbun. Ada yang menyoal jika bekas pemain negara itu tidak puas hati dengan sistem kejurulatihan dia boleh duduk berbincang, termasuk isu latihan anaknya dan bukan membuat keputusan mengikut emosi.

Segala hujah yang mencetus isu hangat sejak 1 Januari lalu bakal menemui jalan penyelesaian, hari ini dan tidak memeranjatkan andai satu kompromi untuk kebaikan kedua-dua pihak tergambar nanti bagi satu situasi menang-menang.


Rakyat Malaysia bersama Datuk Misbun - wira sukan badminton Malaysia

Ketika ini segala-galanya mengenai pendapat dan pandangan tanpa ada pihak yang benar atau pun salah. Yang pasti bola kini berada di kaki BAM andai mengutamakan kepentingan badminton negara.

Komen Pembaca:
mat cikaro

Syabas Dato...saya harap petang ni dato dapat memilih barisan jurulatih dan pemain yang mewakili Malaysia serta dapat menjulang nama Malaysia di kalangan anggota dan exco BAM sendiri... buat apa bayar gaji kalau tak boleh main badminton... dah tu banyak cakap pulak... kepada Datuk Bun... saya doakan kejayaan dato dalam arena badminton ini... duit bukan segalaxnya Datuk... yang penting Datuk iklas dan jujur dalam membimbing pemainx kita... kalau tak cukup kewangan.. mintalah bantuan rakyat dan peminat yang menyokong dato... lagi pun duit kat BAM tu... duit rakyat... depa rasa macam duit depa punya...

dino
Pandangan Misbun lebik tepat kerana dia pakar dalam bidang tu dan telah terbukti...yg lain hanya tumpang sekaki atas kejayaan yg mereka telah capai
Hafifzan
BAM tidak patut pecat seorang juru latih yg bertanggungjawab seperti datuk misbun.kami rakyat malaysia sememangnya memerlukan juru latih seperti datuk misbun.BAM harus memikir kan datuk lie chong wei jugak.sekiranya datuk misbun di pecat musnah lah sukan badminton negara kita....

Azam
Isu perletakan jawatan Datuk Misbun sebagai jurulatih kebangsaan memang mendapat perhatian. Ini adalah kerana beliau adalah seorang individu yang dilihat sebagai ikon dan lagenda oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Semasa beliau seorang pemain, segala rentak peribadi dan permainan beliau diikuti ramai. Semasa beliau menjadi jurulatih, sesiapa sahaja yang berlatih di bawah kendalian beliau menjadi antara pemain terbaik dunia. Dia tahu apa yang diperlukan oleh sukan badminton Malaysia dan dunia. Sistem kejurulatihan ini telah dibincangkan lama sebelum beliau meletakkan jawatan. Bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem tersebut. Mungkin pihak BAM tidak berbincang dengan beliau secara serius mengenai perkara ini.

Tentang latihan anaknya, itu adalah hak beliau sebagai seorang bapa. Saya tidak nampak ini sebagai isu. Fokus beliau adalah terhadap sistem kejurulatihan dan bukan tentang anaknya. Saya berpendapat keputusan Datuk Misbun meletakkan jawatan adalah tepat kerana beliau tidak ada apa lagi hendak dibuktikan kepada Malaysia dan dunia. Sekiranya BAM berpendapat sistem kejurulatihan yang baru ini akan menambahkan pemain-pemain bertaraf dunia dan mampu menjulang Malaysia di pentas antarabangsa, teruskan keputusan tersebut. Datuk Misbun tidak akan rugi sekiranya BAM meneruskan keputusan dengan sistem kejurulatihan yang baru dan saya tidak fikir Datuk akan masuk BAM semula kerana beliau sudah buat keputusan beliau dan tahu kesan dari keputusan tersebut.

amy
Kedua dua kena duduk berbincang, Utamakan Negara. (Nanti orang lain suka tepuk tangan).

anak Malaysia
sapa Nadzmi? adakah anda pernah dengar namanya sebagai pemain badminton? sepatutnya dia nie yg letak jawatan...

insan biasa
pdt saya sama separuh dari komen masalah ini kalau di ikut jasa datuk misbun apa salahnya tunaikan permintanya ialah seperti komen lain luahkan...mudah2an elit2 kita betambah maju dan berjaya~

anis bin libou
sia melihat kes ini sbagai kes yang besar kerana melibatkan maruah negara...dan yang terlibat adalah orang yang amat penting dalam kejayaan skuad Badminton Negara dan karenah BAM yang hanya pandai bercakap sedangkan mereka hanya pentadbir biasa shja dan tiada kepakaran dalam kemajuan Badminton.Penyelasaian yang ada dengar apa rintihan dan permintaan Datuk Misbun selasaikan ikut keperluan dan kepentingan serta kemajuan Badminton negara,kurangkan biokrasi pengurusan,kurangkan pegawai/staff yang kalau nak tambah jurulatih gabung kepakaran mereka demi meneruskan statusmain no.1 dunia..tq.

Source: Berita Harian Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan