Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
Oleh Misiah Taib dan Hazirah Che Sab
Foto: Mohd Radzi Bujang/Berita Minggu.
Tarikh: 2010/08/22
Permintaan tinggi punca terubuk Sarawak diganti spesies import India, Myanmar
SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.
Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.
Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini. Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.
Foto: Mohd Radzi Bujang/Berita Minggu.Oleh Misiah Taib dan Hazirah Che Sab
Foto: Mohd Radzi Bujang/Berita Minggu.
Tarikh: 2010/08/22
Permintaan tinggi punca terubuk Sarawak diganti spesies import India, Myanmar
SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.
Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.
Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini. Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.
Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).
Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.
Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura.
Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.
Foto: Mohd Radzi Bujang/Berita Minggu.
Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah 14 orang, dibantu lebih 100 pekerja.
Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada pembekal.
“Saya orang pertama menjual ikan terubuk di Kuching pada 1989. Dulu harga sekotak ikan terubuk masin seberat 20 kilogram dijual dengan harga RM75 saja, kini sudah naik sehingga antara RM150 hingga RM250 sekotak mengikut saiz ikan.
“Dengan dibantu 13 pekerja, saya menjual sehingga satu tan metrik atau 50 kotak terubuk sehari, dengan berat setiap kotak 20 kilogram,” katanya sambil menambah ikan kecil yang dipanggil ‘Semperit’ boleh dijual dengan harga empat ekor RM10, tetapi ikan besar yang dipanggil 'terubuk' dijual pada harga antara RM10 ke RM18 seekor,” katanya.
Cara memproses terubuk masin cukup mudah dengan mengeluarkan ikan terubuk beku dari kotak dan terus merendam dalam air kira-kira dua minit, sebelum disiang dan dibersihkan. Bagi yang bertelur, telur akan dikeluarkan untuk dijual secara berasingan. Selepas itu, ikan terubuk yang sudah dibersihkan akan diletakkan garam yang diimport dari Thailand, sebelum terus dipamer untuk dijual.
Bagi telur terubuk import ia dijual dengan harga antara RM100 hingga RM200 sekilogram, berbanding telur terubuk tempatan dari Sarawak yang dijual dengan harga RM300 sekilogram.
“Kita hanya menggunakan garam yang diimport dari Thailand kerana ia paling halus dan lembut. Harga garam Thailand ini dulu hanya RM8.50 seguni (mengandungi 25 kilogram garam) berbanding sekarang sudah naik kepada RM16 seguni. Selain kos membeli terubuk sudah naik begitu tinggi, kos lain termasuk garam juga sudah naik, tetapi harga terubuk masin masih kekal sama, sekali gus menyebabkan kami tidak untung banyak,” katanya.
Ibrahim yang juga pemilik Perusahaan U.I.T.M (Usahawan Ikan Terubuk Masin) turut menjadi pembekal tetap terubuk masin kepada Tabung Haji dan agensi yang menawarkan pakej umrah, untuk dibawa oleh jemaah sebagai makanan di Makkah, selain pernah menghantar terubuk masin sehingga ke London.
Beliau turut mengakui, sepanjang Ramadan seperti sekarang, terubuk bakar atau terubuk panggang yang cukup popular di kebanyakan bazar Ramadan di Sarawak juga sebenarnya terdiri daripada terubuk yang dibawa dari Myanmar dan India, bukannya terubuk Sarawak.
Ini kerana pembeli biasanya hanya sanggup membayar antara RM10 ke RM20 untuk seekor terubuk panggang di bazar Ramadan, sedang kos untuk mendapatkan terubuk tempatan terlalu mahal dan lebih daripada itu.
“Rahsianya ialah cara kita memproses ikan itu supaya rasanya sesedap terubuk tempatan. Jika kena ramuan dan caranya seperti untuk panggang kita letakkan garam, kunyit, serai dan minyak serta cara membakarnya juga perlu betul, rasanya pasti seenak terubuk tempatan,” katanya.
Mohd Rus Hassan, 77, yang mengusahakan perniagaan ikan terubuk masin di Pasar Satok sejak lebih 10 tahun lalu pula berkata, terubuk tempatan banyak perbezaannya dengan terubuk import, terutama muncungnya yang panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek.
“Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak hidup dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras. Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar berbanding terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh lebih lemak dan manis berbanding import,” katanya yang menjual purata 3,000 ekor terubuk sehari.
Seorang pekerja di gerai menjual terubuk masin, Putradi Putit, 36, berkata mereka memproses sekitar 16 kotak terubuk setiap hari biasa dan pada Sabtu dan Ahad mereka perlu memproses sehingga 22 kotak ikan terubuk sehari. Setiap kotak mengandungi antara 60 ekor hingga 75 ekor ikan mengikut saiz.
“Kami kena gunakan pisau yang cukup tajam supaya kerja menyiang ikan lebih cepat dapat dilakukan. Kalau pisau cukup tajam kami boleh menyiang sehingga lebih 100 ekor ikan dalam sejam.
“Kebanyakan pelanggan yang membeli ikan terubuk masin pula terdiri daripada penduduk dari Semenanjung yang mahu membawa pulang ikan terubuk sebagai 'ole-ole’. Kami perlu membungkusnya dengan kemas di dalam kotak supaya dapat dibawa menaiki pesawat,” katanya.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiaterubuk/Article/index
assalamualaikum...saya fariha dari tv9..kami ingin membuat penggambaran mengenai proses membuat kelamai...saya berharap pihak tuan berminat untuk membenarkan kami membuat penggambaran tentang kelamai ini..tolong hubungi saya ditalian 0192889598 atau emel glamegal2002@yahoo.com atau wanfariha@primeworks.com.my..terima kasih
BalasPadam