Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh: 2010/08/16
PUTRAJAYA: Seramai 30 warganegara China yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah antara tetamu jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis berbuka puasa di kediaman rasminya, Seri Perdana di sini, malam tadi.
Turut hadir pada majlis berbuka puasa hari ini ialah 38 pelajar Sekolah Tahfiz Furaqhah dari Sungai Merab, Bangi dan 11 anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang.
Majlis berbuka puasa itu diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Sheikh Mahmud Muhammad Abdul Wahab al-Tantawi dari Mesir.
Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. - Bernama
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/30penuntutChinaantaratetamuberbukapuasaPMdiSeriPerdana/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan