Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tarikh: 10/07/2010 Masa: 5:55pm
MARAN 10 Julai - Enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat sini dilapor meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu.
Kesemua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, masing-masing satu kematian dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai manakala dua kematian pada 9 Julai.
"Mereka mula sakit selepas seminggu menyertai operasi itu, simptom utama adalah demam, batuk, sakit-sakit otot, cirit-birit. Empat orang meninggal di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh dan dua lagi di rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kejadian itu di sini, hari ini. – Bernama.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan