Selasa, 15 Jun 2010

Wisata ke MARDI Cameron Highlands

By Idris Ismail Talu

Bersiar bersama anak-anak serta cucu di MARDI Cameron Highlands.

Peta ini tidak diberikan, penulis rakamkan dengan kamera.



Kena bayor Beb....

Penulis teringat semasa melancong ke negara jiran dulu, pemandu tidak mahu singgah di salah satu warung di tepi jalan, penulis tanya kenapa, dia kata parking mobil saja diminta bayaran!

Penulis teringat juga sebuah pasaraya yang sudah bertukar nama dulu, ambil troli saja kena bayar - akhirnya close-up.

Apalah salahnya absorb "cukai pintu" ini dalam bentuk lain, Philip Kotler tulis banyak buku tentang "marketing", "promotion" dan "pricing" - sayang orang kita sengaja "segan" nak baca!

Keindahan Clock Vine.

Clock vine (Thumbergia mysorensis) dinamakan begitu kerana
batang atau akarnya melilit ikut arah jam (clock wise).
Clock vine juga dikenali sebagai “lady shoes”.

Clock vine dikatakan berasal
dari negeri Mysore, India Selatan.

Clock vine dan Jade vine.

Bunga “Jade Vine” (Strongylodon macrabotrys) merupakan
bunga tercantik dari keluarga “vines” dari seluruh dunia.
Dinamakan “Jade vine” kerana warna birunya
seakan-akan warna biru jade.

Kelopak bunganya berbentuk kuku helang.
Jade vine dikatakan berasal dari negeri Filipina.

Jade vine - bewarna biru jade.

Bersama sebahagaian anak-cucu di bawah clock vine.



Sebahagian cucu di Mardi, Cameron Highlands.

Ais krim Mardi.

Kalau mahukan info tentang Mardi.

Anggur Mardi.

Keindahan bunga.

Tomato segar.

Tomato cukup cantik di sini.

Straberi Mardi.

Pelbagai tanaman boleh didapati di sini.

Surau Mardi untuk kemudahan umat Islam beribadat.

Kalau dahaga atau lapar, kafeteria pun ada.

Sebahagian taman dalam kawasan Mardi, Cameron Highlands.


©idrisismailtalu@2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan