Rabu, 30 Jun 2010

Borang bazar Ramadan laris

Sumber : Berita Harian Malaysia Online.

Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
smohd@bharian.com.my

Tarikh: 2010/07/01



ORANG ramai menyerbu kaunter MBPJ di Dewan D’Kelana, Kelana Jaya, bagi mendapatkan borong bazar Ramadan yang mula diedarkan, semalam.Orang ramai sanggup tunggu bermula jam 6 pagi di kaunter MBPJ

KELANA JAYA: Lebih 2,000 peniaga menyerbu kaunter Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dewan D'Kelana di sini, bagi mendapatkan borong bazar Ramadan yang mula diedarkan, semalam. Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmad Mohayen Said, berkata borong bagi mendapatkan permit untuk berniaga pada Ramadan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan hingga ada yang sanggup menunggu bermula jam 6 pagi.

Beliau berkata, tahun ini MBPJ mengeluarkan 1,521 permit petak penjaja membabitkan 21 lokasi seluruh kawasan Petaling Jaya.

“Sambutan kali ini menggalakkan dan ramai yang mengambil peluang untuk berniaga ketika Ramadan.

“MBPJ akan memikirkan untuk menambah bilangan lokasi jika permit berniaga yang diberikan masih tidak mencukupi. Ia juga bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, MBPJ akan menerima permohonan yang layak termasuk mereka yang menerima suntikan taun.

“Perniagaan ketika Ramadan bermula mulai jam 4 petang hingga 7.30 malam. Ketika siang mereka perlu membersihkan kawasan perniagaan termasuk tidak meletakkan barangan jualan.

“Jika mereka meletakkan barangan di tepi jalan tindakan merampas barangan terpaksa diambil,” katanya.

Sementara itu, katanya MBPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang berniaga tanpa permit di kawasan MBPJ.

“Kita tidak mahu peniaga menimbulkan masalah sebalik meminta mereka memberikan kerjasama untuk kesenangan bersama,” katanya.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BorangbazarRamadanlaris/Article/index_html

4 ulasan:

  1. salam ....

    ummi jadi pembeli kat bazaar tu ajer nanti , senang tak payah nk berebut cari borang berniaga...

    BalasPadam
  2. Dulu dua tiga puluh tahun dulu di Kuantan. Pasar Ramadhan bermula jam 2.00 ptg. Masakan lauk, nasi minyak dan kueh-kueh masih berasap panas dan fresh. Wah! masa itulah cukup seronok membeli kononnya untuk simpan waktu berbuka nanti.

    Ada yg membeli banyak, bukan patut utk seorang bujang makan. Rupanya untuk santapan siang hari dgn kawan-kawan.

    Tuanhaji tak pernah praktik ke zaman muda dulu?
    Rugi kalau tuanhaji tak lakukan, ha ha ha...

    BalasPadam
  3. Wa'alaikumussalam Ummi Humaira,

    Betul tu, kalau semua nak berniaga, siapa yang nak membeli. Bagus juga ramai nak berniaga, mungkin harga tidak naik sangat.

    Masih menunggu gambar-gambar terbaru Ummi dari Mekah dan Madinah.

    Wassalam,
    Idris Talu.

    BalasPadam
  4. Tuan Haji Hashim di Lepih,

    Ada jugak yang macamtu Tuan Haji. Rugi tu, sebab pukul 2 tu dah kira lebih setengah hari. Memang masa dulu, ada juga kenkawan yang macamtu.

    Alhamdulillah mungkin pengalaman dari kampung agak berat dalam hal keagamaan, dan juga perlindungan dari Allah (maklumlah kawan anak yatim dari kecik), tak terpengaruh begitu.

    Banyak lagi ke keropok losong - buah tangan dari Dungun Tuan Haji?

    Yang belum sampai hajat nak ke Lepih.

    BalasPadam