By Idris Ismail Talu
Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaNya. Maha Suci Allah yang memberikan zuriat yang akan meneruskan kehidupan kita selepas kita telah tiada nanti.
Semoga Allah menjadikan cucu kami ini seorang hamba yang soleh, menegakkan agama Allah di dunia ini.

Ikhtiari dengan datoknya.
Bersama ayahnya.
Ikhtiari bersama datok dan uwannya.
Kini (April 2010) cucu kami telah berumur 30 hari, sudah pandai senyum dengan uwannya (opah – cara orang Perak). Uwannya cukup gembira melihat cucunya yang sudah pandai tersenyum bila diagah.
©idrisismailtalu@2010
Menimang cucu yg ke berapa Tuan Haji. Lepas nih kena buat kenduri pulak yek. Cukur jambul, kata orang, sekali dengan marhaban dan berzanji. Meriahnya!
BalasPadamTapi Tun Haji kena ingat, cucu tuanhaji tu anak orang...ha ha ha....
Terima kasih Tuan Haji Hashim, anugerah Allah kepada kita. Cucu kawan yang keenam. Anak sulong kepada anak kawan yang nombor dua, Angah.
BalasPadamAlhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Macam-macam perancangan ibu dan ayahnya, kawan menurut aja.
tahniah,bertambah sorang lagi umat nabi muhammad....!!
BalasPadamTerima kasih,
BalasPadamSama-sama kita doakan agar dia menjadi seorang muslimah yang berjuang untuk agama dan bangsanya. Amin.
Waahh... Tahniah...
BalasPadamAgak-agak samakah keseronokan menimang anak dengan cucu?
BG - Mesti berbeda, tempat berbeda, rupa berbeda.
BalasPadamTetapi, anak-anak dan cucu-cucu, semuanya sama disayangi. Tidak ada perbedaan dalam kasihsayang, yang terus membawa nama kita sebagai datok dan neneknya.